Tentang Kami
Myra Cookies merupakan pengeluar produk biskut raya yang beroperasi di Ampang dan mempunyai pengalaman yang luas selama 20 tahun dalam bidang ini. Semua biskut raya kami dihasilkan dari resipi traditional turun-temurun keluarga dan diadaptasi dangan citarasa dan sentuhan moden serta terkini.
Myra Cookies telah beroperasi di Selangor bermula pada tahun 2005 dan berdaftar dengan SSM dengan name Myra Food Industries. Produk utamanya ialah biskut raya, kek, roti, 'door gift' dan hamper. Buat masa ini kami sentiasa menerima tempahan di sekitar Lembah Klang. Walaubagaimanapun kini kami mula memenuhi permintaan dari negeri-negari lain, di sekitar tanahair. Dengan adanya laman web ini diharap pasaran kami akan berkembang pesat dan maju. InsyaAllah.

Selain daripada menghasilkan 'handmade cookies'/biskut raya tanpa musim, Myra Cookies juga menghasilkan 'door gift'/cenderahati.
Juga berfungsi sebagai 'One Stop Center' yang memastikan semua pesanan diproses dengan segera dan memastikan pelanggan menerima produk tersebut dalam waktu yang ditetapkan.
Perniagaan ini diusahakan sepenuhnya oleh Pn. Aziah Arshad yang sentiasa komited dalam perusahaannya dan dibantu oleh para pekerjanya yang berpengalaman, cekap dan penuh dedikasi.

MOTO KAMI:
|
VISI KAMI:
|
Latarbelakang Perniagaan dan Pemilik
Meninggalkan kerjaya tetap sebagai seorang guru yang disandang sejak 25 tahun lalu, bukan satu keputusan yang mudah bagi Puan Aziah Arshad tetapi minat mendalam untuk serius dalam dunia perniagaan pembuatan biskut berjaya mengenepikan perasaan berbelah bahagi itu. Katanya, minat membuat biskut mula dipupuk sejak tahun 1991 dengan menyiapkan tempahan dikalangan rakan-rakannya ketika mengajar di Perak dan jumlah tempahan semakin berkembang selepas banyak pihak memperkatakan tentang keenakan dan variasi biskut yang dihasilkannya.
Pada mulanya, Puan Aziah hanya mengusahakan pembuatan biskut secara kecil-kecilan untuk memenuhi permintaan rakan, terutamanya ketika musim perayaan. Bermula dari itu, permintaan biskut saya, semakin berkembang sehingga ke Sabah dan Sarawak. Kini perusahaan biskut Puan Aziah ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan pelanggan termasuk membekalkannya kepada Istana Negara. |
Puan Aziah sentiasa membuat pembaharuan bagi menghasilkan biskut yang lebih enak, menarik dan berkualiti. Sebanyak lebih 40 jenis biskut dihasilkan selain membuat pelbagai jenis kek dan hamper untuk majlis-majlis istimewa seperti Hari Jadi dan Perkahwinan dan lain-lain. Selain dijual terus kepada pelanggan tetap, biskutnya juga ditempah pengedar tetap.
Dalam soal kualiti bahan, beliau tidak akan berkompromi kerana mahu pelanggan menikmati hasil terbaik contohnya Puan Aziah menggunakan mentega berkualiti dan halal untuk biskut dan kek malah berbelanja lebih RM 15,000 untuk musim raya yang lalu. Disamping itu, Puan Aziah sentiasa mengambil positif setiap teguran demi untuk mempertingkatkan lagi mutu biskut dan mencantikkan lagi pembungkusan biskut yang dihasilkanya kerana beliau turut menjualnya dalam bentuk bungkusan dan hiasan hamper.
Kreativiti beliau mereka cipta bungkusan hadiah berbentuk hamper berjaya menambat hati Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sehingga mendapat kepercayaan menghias hamper untuk dihadiahkan kepada Sultan Brunei. Kesungguhannya menyebabkan Puan Aziah diberi tanggungjawab dan pengiktirafan untuk menghasikan hamper untuk Istana Negara bagi majlis tertentu termasuk perayaan, malah hasil kerja tangannya pernah manjadi buah tangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan untuk dihadiahkan kepada Raja Melaya di seluruh negara. Myra Cookies juga pernah mendapat kepercayaan syarikat korporat termasuk Affin Bank, Maybank, CIMB, Sapura Holdings, Risda dan Kraftangan Malaysia untuk menyediakan hamper bagi majlis rasmi mereka. Biskut yang dihasilkan diisi dalam hamper bagi memenuhi temphan pelanggan.
Menjelang musim perayaan terutamanya Raya Puasa, Puan Aziah mengambil pekerja tambahan sehingga ke 20 orang bagi memenuhi permintaan biskut raya dari para pelanggannya. Turut manghasilkan cenderahati kepada tetamu dalam bentuk bungkusan hamper yang kecil diisi dengan kek, biskut atau gula-gula seperti yang ditempah pelangan.
Mengimbas kenangan manis sepanjang menyediakan hamper, Puan aziah berkata, tanggungjawab menyiapkan satu lori hamper untuk diagihkan kepada anak yatim di Narathiwat, Thailand, sukar dilupakan.