Terma Dan Syarat-syarat
1. Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran penuh diterima.
2. Bayaran juga perlu dibuat untuk tempahan biskut raya sebelum anda datang mengambil sendiri kuih
raya tersebut terutamanya bagi jumlah kuantiti yang banyak.
3. Bukti pembayaran hendaklah disertakan dengan mengisi borang di 'laman Pesanan On-line', Sila isi
selengkap-lengkapnya borang pesanan di laman tersebut.
4. Pembelian secara "cash & carry' boleh dibuat dengan mengunjungi kedai di Ampang. Sila rujuk laman
'Hubungi Kami'. Walaubagaimanapun 'stock' biskut raya bergantung kepada apa (jenis dan kuantiti) yang
tersedia buat masa itu sahaja. Sila buat temujanji dahulu sebelum datang mengunjugi kedai kami ini.
Waktu urusniaga ialah dari pukul 10 pagi hingga 4 petang, isnin hingga jumaat.
5. Sebarang penukaran pesanan (setelah pembayaran dibuat) hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dari
waktu tempahan tersebut untuk mengelakan pesanan dari proses penghantaran. Sekiranya
penghantaran telah dibuat sebarang permintaan untuk penukaran jenis atau kuantiti biskut raya
tersebut tidak akan dilayan.
6. Sila pastikan maklumat alamat anda adalah tepat, semasa mengisi borang pesanan di laman 'Pesanan
On-Line. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kesalahan alamat pihak penerima berlaku
disebabkan kecuaian semasa mengisi borang tersebut.
7. Semua barang/biskut raya yang telah dihantar/diposkan oleh pihak kami samada telah diterima oleh
pelanggan atau masih dalam perjalanan, tidak boleh ditukar dan/atau dipulangkan. ('Non-exchangeable
& Non-refundable').
8. Penghantaran pesanan akan dibuat pada setiap hari isnin sahaja, mengunakan Pos Malaysia.
(ini adalah kerana barang pesanan/kuih raya yang telah dipos melalui Pos Malaysia akan sampai pada
selewat-lewatnya 5-7 hari bekerja) Pengecualian hanya akan dibuat sekiranya pesanan adalah 'urgent'
dan dengan pertimbangan dari pihak kami terlebih dahulu.
9. Semua penghantaran barang pesanan/biskut raya tersebut adalah tertakluk kepada 'charge'
penghantaran yang ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
Soalan-Soalan Lazim
Soalan |
Jawapan |
1. Apakah terma pembayaran?
2. Sekiranya jumlah tempahan saya ada RMxx.50, bagaimanakah saya mahu depositkan 50 sen tersebut ke mesin deposit di Bank? 3. Bagaimanakah penghantaran dibuat? 4. Bolehkah saya ambil sendiri, biskut raya yang ingin saya beli? 5. Jika biskut raya dipos adakah ia akan mudah pecah? 6. Jika saya berminat untuk menjadi pengedar, bagaimanakah caranya? |
1. Cash and carry jika datang ke kedai kami atau bank deposit,
on-line transfer sekiranya tempahan on-line. 2. Tidak perlu mendepositkannya. 50 sen itu dikira diskaun. 3. Penghantaran dibuat secara pos setiap hari isnin sahaja, melalui Pos Malaysia atau datang ambil sendiri di kedai kami di Ampang. 'Charge' penghantaran akan dikenakan. 4. Ya boleh, tetapi setiap pesanan anda perlu dibayar terlebih dahulu sebelum datang mengambil biskut tersebut di kedai kami. Pengambilan sendiri boleh diambil dialamat di bawah atau rujuk laman 'Hubungi Kami' untuk maklumat yang lebih lengkap. Myra Cookies No. 8, Jalan Seri Intan 5, Taman Seri Intan, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang. 5. Tidak, biskut yang kami poskan tidak akan mudah pecah. Setiap kuih tersebut akan diisi ke dalam balang khas, kemudian dibungkus dengan bungkusan buih (buble wrap) lalu diposkan didalam kotak khas. 6. Kami mengalu-alukan pengedar baru. Sila hubungi kami untuk sebarang perbincangan lanjut. |